6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki ???
Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.
Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja
yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud
saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi
maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan
akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.
Contoh mudah: Pasangan anda berkerja
sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan
bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan
“pattern” perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk
dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.
Satu hari dia membelikan anda cincin
emas berharga RM700.00. Anda tanya, “Mana dapat duit?”. Dia kata, lama dah
simpan khas untuk “surprise”kan anda. Oklah, boleh terima.
Bila anda tengok pakaiannya pula
berjenama. Dia mula “shopping sakan” dan anda pun dia belikan bermacam barangan
lagi. Anda tanya lagi, “Mana dapat duit?”. Dia kata, “ada la “bisnes” dengan
kawan… ” Anda pun percaya terus…
Soalan di sini, dalam senario di atas,
tidakkah anda rasa musykil dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran
tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus
percaya 100% tanpa banyak soal lagi?
Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan
jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya
tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan
menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja
tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa,
bukan dengan orang lain?
Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda
rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan
simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang
sesuailah. Percaya secara total dan “semborono” boleh meletakkan anda dalam
bahaya.
Contoh dalam senario di atas tadi,
menjadi rakan kongsi untuk mengedar dadah adalah maksud sebenar dia berkenaan
ayat, “ada la bisnes dengan kawan…”.
Kalau ini berlaku… macamana?
Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.
Umur yang semakin lanjut membuatkan
ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman
yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah
perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika
masih belum mempunyai pasangan hidup.
Kerisauan terhadap faktor umur yang
meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang
untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu
menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan
hidup.
Dalam keadaan seperti ini, kadangkala
mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki
yang dipilihnya itu.
Wanita yang berkahwin lewat pada zaman
ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka
sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.
Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa
“buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan
ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini,
ingat… biar lambat, asal selamat!
Wanita “sosial”.
Ini bukan sosial dari segi terlibat
dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara
yang seumpamanyalah.
Sosial dalam hal ini ialah suka kepada
“night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup
dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa
macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?
Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis
remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini
terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species”
lelaki pemangsa wanita.
Bersosial tanpa batasan adalah di antara
resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus
dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Tepuk dada, tanya selera!
Wanita yang tidak mementingkan ilmu.
Wanita yang mementingkan ilmu dalam
konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud
wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu
sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu
ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki
yang berbahaya?
Wanita yang berilmu dalam konteks ini
ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu
dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia
tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang
sewajarnya.
Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui
hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga
berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila
perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau
pasangannya sendiri.
Wanita seumpama ini mampu menjadi
pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai
segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.
Wanita seperti ini, sentiasa cintakan
ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.
Wanita yang mempunyai segulung ijazah
atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya”
ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas
lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu
dalam diri?
Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai
salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki
handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang
begitu menggoda hati?
Ingat..semakin “handsome”, “cute”,
“sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu
menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan
oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh
lelaki yang “handsome”?
Ingat.. “handsome”, “cute”, dan
seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri
utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus”
lelaki idaman wanita.
Nasihat untuk wanita yang mudah “cair”
dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target”
utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!
Anda mungkin sedang diperhatikan oleh
“pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan
dipermainkan.
Wanita yang “sabar” tidak bertempat.
Wanita dalam golongan ini boleh kita
katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah
sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan),
tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih
tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.
Soalnya di sini, bila diperlakukan
sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti
TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.
Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah
satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya
kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu
dilakukan.
Bersabar walau diperlakukan apa sahaja
oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk
terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.
Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar
biarlah bertempat”.
Jd kte sbgai pompuan,,
Jgn mudah ditipu oleh owg lain..
Xkire larh laki or pompuan penipu nyer..
0 comments:
Post a Comment